Monday, November 29, 2010

E-day Adi & Ana

Assalamualaikum..ya selamat petang,kepada semua kawan2 ku yang terus membaca blog aku ni.hehe..semoga sehat2 selalu sebab sekarang ni musim hujan jadi sediakan la payung sebelum hujan yek!contoh2 seperti ubat2 demam,minyak angin,towel,baju hujan dan payung hujan.Bagi yang memandu elok la bawa keta tu slow2 ok..jalan basah ni tak pasal2 nanti keta korang 'drift' sendiri(kalau terer macam takumi dalam cerita Initial D tu takpe.hehehe...) Hujung bulan ni dah start cuti sekolah so ramai la yang bizi dengan majlis2 kenduri bagai,jadi nak di jadikan cerita hari sabtu 27/11/2011 adalah hari pertunangan untuk couple yang dah lama berkawan ni,Adi & Ana..Majlis bermula lepas zohor hingga la waktu asar.Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar,sebelum hujan turun aku dah siap2 abes shoot gambar diorang ni...buat Adi & Ana Selamat bertunang,tahun depan kan kawin?hahaha berhati2 la ketika tunang ini yerk,orang2 tua kata tengah 'darah manis'....ehem2...ok,kita layan gambar....

Wednesday, November 24, 2010

Wed's Fir & Adi

Assalamualaikum..hai3x..lame jgk aku cuti dari update blog ni,sorry kengkawan :) Jumaat minggu lepas aku dapat panggilan ke Kg Dato Siti Nurhaliza(berangan dapat jumpe la konon2 nya..cet!) hahaha Kuala Lipis la,untuk shoot gambar kahwin bagi pasangan Fir&Adi.Jauh giler perjalanan,seram sejuk aku pasal jalan gelap gelita,hujan pulak turun tak henti2,nasib baik ade kawan boleh juga borak2 bagi hilang ngantok,kalau hujan camni komfom aku dah berselubung kat dalam rumah.hehe....Alhamdulillah aku sampai juga kat rumah pengantin,baru la tersenyum sikit aku(perot dah lapar nk ngadap makan.hehe..) Dah siap2 aku pasang senapang patah,aku pun shut la beberapa keping untuk buat makan malam aku hari tu,erk alhamdulillah...segala urusan selamat sudah..Thank you buat keluarga pengantin dan pengantin jugak atas layanan korang yang baik,rendang daging pahang tu sedap la ..nanti kot2 datang lagi boleh la singgah rumah makcik ye ;p Selamat Pengantin Baru untuk Firdaus & Junaidi,moga bahagia hingga ke anak cucu....


Bersanding pula :)








Tuesday, November 16, 2010

Maher Zain - Thank U ALLAH | ماهر زين - الحمدالله .mp4



before raya mari kita sama2 dengar lagu dari maher zain ni ok :)

Salam Aidiladha

Di samping kita sibuk bekerja dan melakukan aktiviti yang melekakan kita,sedar tak sedar esok adalah Hari Raya Aidiladha(Raya Haji/Korban).Masa ni ke semua jemaah haji berada di Mekah bagi melengkapkan rukun islam yang ke-5.Gembiranya aku kalau dapat ke sana..tapi di sini kita masih mempunyai tanggungjawab untuk melakukan aktiviti di hari raya ini,iaitu korban lembu,kambing,kibas,unta.So,kepada kawan2 yang beragama Islam jangan lupa malam ni asah2 la parang,pisau tu yerk,jangan asah lain pula.hehe ;p Salam aidiladha untuk semua sahabat dan keluarga tersayang :)
mode : esok pagi nak pergi sembahyang raya pakai baju raya.kikiki.....

Kelahiran muka baru

Girangya dalam hati, dapat anak buah baru,Luqman Hakim nama di beri,buat penambah isi dalam hati.Dalam tak diam kire2 dah setahun juga adik aku dah kawin,dah keluar pun cahaya mata diorang ni,maka bertambah2 seri lagi la family aku sebab ada muka baru.Comel dan agresif.hehe..Aku belum dapat banyak gambar Luqman Hakim lagi,ada 1 keping je yang aku sempat snap hari tu.Mai tengok comel kn? :)

Monday, November 15, 2010

Training snap gambar model

Hari sabtu,pagi tu aku sangat sibuk,so malas nak cerita panjang lebar terus pergi pada belah petang aku ada training untuk snap gambar2 model,sambil tu tolong ajar kan dekat kawan2 yang baru nak belajar photography.Ingatkan sikit,sekali tu ramai daa...siap yang bawa anak beranak sekali pun ada.Cuaca time tu cerah tapi sekejap macam mendung nak hujan sekejap tak,tawakal je la.hehe..Model2 pula tengah di make up dengan tangan kawan aku (Khairul Abidin),cantik la ko make up bidin,nanti ko tolong make up kan time aku kawin ye ;p.Dah berpeluh2 dah ketiak nak tunggu model bersiap.huh panas2!...Sambil tu aku rikey2 la tempat mana yang best nak snap.Abg Daing(Sifu) dan Salleh dapat juga port yang menarik untuk snap.Wah!!Subahanallah...cantiknya la tempat ni,pantai kelanang terletak kat banting,kaya dengan pokok2 bakau yan unik,sesuai sangat untuk buat sesi photography ni.Apa lagi kitorang pun panggil la model2 untuk ambil port nak snap gambar diorang,aku tak dapat banyak gambar,pasal aku pula dok sebok pergi ajar kawan2 baru,nasib bek ada abg daing yang tolong ajarkan juga,terima kasih bang daing.Ada masa free lagi,kita buat shooting untuk filem pula.hahahaha (berangan je lebey) ;p sambil memegang sniper aku,aku pun terus shoot model2 tu..so ini je gambar yang aku dapat,yang lain2 tu tak berapa nak jadi.hehehehe....


Friday, November 12, 2010

Makna dalam gambar

Gambar akar?biase je.Pokok memang la semua berakar,betul tak??tapi kenapa ada orang yang suka snap gambar2 macam ni?

Kalau korang nak tahu try tanya orang yang macam ni.hehe...sebenarnya tak semua orang snap gambar yang jenis macam ni saje suke2 snap,tetapi ada maksud yang tersendiri di dalam gambar yang diorang snap.
Ok,sekarang ni cuba korang pahamkan apa maksud yang terselindung di dalam gambar di atas? dah dapat bagitau kat aku ok...

Yang ni maksud tersirat di dalam gambar yang aku snap ni lah..ni aku punyer pandangan lah..Aku bagi nama kat gambar ni Liku-liku kehidupan..kenapa?ini lah kehidupan,kite di jadikan makhluk Allah untuk sembah kepadaNya..di samping itu juga kita kene meneruskan kehidupan untuk belajar mengenal erti kehidupan,dan akar2 itu lah jalan2 yang penuh berliku untuk kita kenal siapa diri kita dan matlamat yang kita nak capai,bukan mudah untuk kita kecapi,melainkan kita terus berusaha sehingga sampai ke penghujungya..wah gila la makna yang aku gambarkan ni,panjang lebar,mesti korang menyirap je nak bace kan.kikikikik...

Ape pun setiap gambar yang kita ambil kalau ada nama lagi bermakna lah gambar yang kita ambil itu.Ok,sekian terima kasih :) Selamat mencuba!!

Ramly Burger

Dari zaman aku kecik sampai la sekarang semua orang pasti kenal dengan burger jalanan Ramly Burger.Hari ini Ramly Burger telah maju ke depan,siapa sangka yang dulunya Ramly Burger hanya ada stall yang jual budak2 bujang mcm aku,budak2 sekolah.. kini dah ada restoran sendiri dan stokis sendiri.Aku dah try,mmg sedap burger die,ayam goreng nya..dah siap packet pulak tu,standard mcm Mcd,KFC...rugi korang kalau tak try.Aku bangga dengan Ramly Burger kerana dia orang melayu kita.MALAYSIA! nama Ramly ni kalau tak silap aku dah sampai kat luar negara ada masuk tv baru2 ni juga la cerita pasal produk makanan Malayasia ke antarabangsa.wahhhh......cayok2!!MALAYSIA  BOLEH!!!

Kalau korang nak bace entry pasal Ramly Burger ni lebih2 korang boleh la layari kat website die ni www.ramly.com.my..

p/s : cadangan aku,kalau boleh Ramly Burger ni boleh buka satu restoran makanan segera mcm Mc'D tu..sure aku lepak kat Ramly je dah tak pegi kat Mc'D.hehehe

 Ni burger lembu..amacam nampak sedap tak?

Tengok pun best je nak makan kan :)

Wednesday, November 10, 2010

Don't cry...

Don't cry whatever yang korang inginkan tapi tak dapat,jangan putus asa,jangan mudah mengalah,berusaha selagi daya.InsyaAllah...manisnya nanti akan dapat rasa juga :)

Gambar & Editing

Pagi yang mendung,boleh buat orang semua malas nak pergi keja,aku je yang rajin.hahahaha...Korang tau tak pasal edit2 gambar?selalunya bila korang snap gambar,adakah korang ambil terus gambar dari kamera atau korang edit dulu gambar dalam software editing untuk di showkan di gallery korang?Ok fine,bagi aku gambar dan editing...perumpamaan contohnyer kite memasak la kan..tanpa perencah atau rempah ratus masakan tidak rase ape2 melainkan kite masukkan sedikit perencah dalam masakan kite dan wow sedapnye la aku masak ni..betul tak kawan2??macam tu lah juga gambar,tanpa proses editing,kadang gambar tu nampak macam biasa je,takde 'kick' orang cakap(ayat nak best je) hehe..tapi korang jangan salah anggap semua gambar korang nak kena edit,sebabnya...bagi yang professional photographer gambar2 diorang dah tak payah nak edit,memang dah cantik terus keluar dari kamera.Korang pun boleh jadi professional juga meh...yang penting korang berusaha itulah tangga kejayaan :) aku still learning lagi..tak banyak gambar yang cantik terus keluar dari kamera aku(low profile ;p) Ok!korang semua dah faham kan?tapi macam mana nak edit kalau tak tau software apa yang di gunakan?haaa.....ini aku share sikit la kat korang yang mana aku tau la.Antara contoh2 software yang boleh di gunakan :

1) Adobe photoshop cs,cs2,cs3,c4,cs5(paling latest,best giler)
2) Adobe lightroom (yang ni banyak guna preset so korang boleh la upload di www.presetheaven.com,syok woo..)
3) Photoscape (yang ni paling senang..mula2 dulu aku belajar guna yang ini la) www.photoscape.org
4) Picasa (ni pun ok)
5) Cari kat google type je software for edit picture (kikikiki....)

Tuesday, November 9, 2010

gOOd mOrNing!!!

Salam..Selamat pagi semua!!di mulakan dengan Bismillah..di sudahi dengan Alhamdulillah.....Amin....Setelah penat menunggu akhirnya album E-day Mr Wadee & Ms Ina telah pun siap di hantar ke tangan mereka...Happy nyer aku :)

 Gambar bunge untuk korang semua :)

Album E-day Mr Wadee & Ms Ina
 Muke depan
 Pandangan dari sudut sisi

Monday, November 8, 2010

Aku ke corporate photography..boleh ke?

Dengar tajuk kat atas aku dah rase nak tergelak.hehehe..tapi itu la lumrah kehidupan manusia yang ingin mencuba sesuatu.Aku ni kalau boleh sume bidang nak cube tapi memandangkan kudrat yang ade,so ikut kemampuan je la wat mase ni ...ok,1st time aku telah di beri tanggungjawab oleh 'BOS' aku untuk snap gambar operation company ni untuk di jadikan advertise dan profile company yang baru..Kemudian kene edit untuk di jadikan bunting dan banner,maka tercenganglah aku kerana tak pernah tahu ape2 pun pasal editing untuk bunting and banner ni,huhu...stress kejap aku + blur.Oleh kerana minatnya aku terhadap photography so aku pun berusaha lah untuk buat semuanya..still learning and nak tengok hasilnyer jadi ke tak.1 minggu aku siapkan projek ni.So ini lah hasilnyer....tengok ler.. :)

 bunting 2x6
banner 10x6

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله



Korang mesti kenal siapa bro Maher Zain ni kan?die yang nyanyi lagu2 yang penuh kerohanian tu..insyaAllah..Thank you Allah...semua lagu2 die best belake,dan juga telah menjadi ikutan kepada anak2 masa kini..antaranya ialah anak sepupu aku ni..perkenalkan ashiq zain...hahaha (meh tengok gambar die) same ke tak??

Selamat sudah...

Salam...hai to all my friends!selamat sudah segala urusan adik,semalam adalah majlis persandingan belah laki.Ramai sedara mara aku datang untuk melihat adik aku naik pelamin.Terima kasih wak2,sepupu2 anak2 sedare semua.Nak di jadikan cerita kali ni aku tak 'shoot' gamabar wedding untuk adik aku di sebabkan adik aku telah menempah photographer siap dengan pakej mak andam sekali...so xde la aku nk upload gambar2 wedding adik aku ni untuk tatapan korang sume ye ..i'm sorry...tapi ape2 pun aku akan cube korek dari sume kamera2 sepupu and sedare2 aku k...hehe.adios!

Wednesday, November 3, 2010

Kesan dari HDR

Korang semua apa itu HDR??pernah dengar bukan ??HDR (high dynamic range) yang bermaksud gambar yang kita edit di naik tarafkan menjadi satu gambar yang seakan2 nampak real dan juga fantasy!wah mesti gempakkan..DAVE HILL (mesti korang pernah dengar),ha die ni la otai kepada teknik2 HDR...gambar2 beliau sangat la superb!macam fantasy dah.Kalau korang korang nak tengok hasil kerja Dave Hill ni type sahaja kat google,komfom keluar.hehe..ok mari aku share kat korang contoh2 gambar HDR yang aku buat ni la,walaupun tak berapa nak jadi,tapi ade la nampak sikit2...hahaha (puji bagi nk sedap hati je ;p ) untuk software HDR ni korang boleh dapat dalam photoshop CS5,dynamic photo HDR,lightroom,photomatix dan banyak lagi la..so apa lagi bole2 la try guna HDR ni dan tengok hasilnyer :) keep it up and good luck!!


Tuesday, November 2, 2010

Storybook album adik aku

Penah tengok storybook album kahwin?nak tengok tak?aku share kat korang yek.Tapi sebelum nak bagitau dulu la ni 1st time aku buat sendiri,sebelum ni suruh orang buat kan...al maklum la x gheti aku nk custom2 album nih,mane ade belajar dulu,tapi dengan kemudahan internet google yang meluas akhirnye aku dapat jugak buat album ni untuk adik aku(bajet kos punyer pasal) hehe ;p so kalo x cantik korang bagi2 la komen atau pendapat yang boleh membina eh.Sekian terima kasih :)