Assalamualaikum ....haduii!..awat dok tergaru2 kepala tu azmil??haha tu la dia,aku tengah dok buntu ni,nak cari idea buat album si Adi&Ina ni..alhamdulillah siap juga akhirnya..hangpa bersabar eh, sat lagi album hangpa siap la tu..hehehe..Amacam seronok tak kahwin?mesti la seronok kan....hehe..tu la die kawan aku Adi,last2 dia yang kahwin dulu dari kitorang...Selamat sudah...Semoga korang happy selalu ye :) ni aku kasi share kat orang2 di luar sana gambar romantik kaum berdua ye.hehe :)
Tuesday, June 28, 2011
Wednesday, June 22, 2011
Budak kecik yang debab
Baru sebulan x jumpa da debab dah budak ni.Ish2x...Ammar2x...minum susu kuat sangat nih,nangis pun kuat,merajuk pun kuat..nasib baik kau comel.Tahun ni dah nak kena 'spend' duit raya untuk kau pulak,hakim lagi,ni yang tengah on the way anak si kuyin lagi....perghh parah2x..hahaha..tapi yang penting tahun ni sure happy punya pasal keluarga dah makin bertambah,lagi2 bila korang dah pakai baju raya nanti,mesti lagi comel,tapi jangan la asyik nangis je...cecube senyum sikit macam Mikael(anak azim tu.) ala2x justien bibier kate nya.hahaha..Ni la si debab..
Ammar debab
Ammar yang dulu.hahaha
Wednesday, June 15, 2011
Boring
Lama dah aku tak ambil gambar2 cam pemandangan(landscape),bangunan2(archi),rindu la....selalu gambar orang kahwin je,boring jugak.hahaha..kebetulan miggu lepas aku ada snap gambar orang nikah kat gombak jumaat malam sabtu,lepas abis tu,aku tibe2 plan dengan kawan aku azim pergi tengok KLCC and snap pic KLCC.hahaha..maka bermulalah otak gile2 kitorang..dengan berpakaian segak berbaju melayu hitam bagai hulubalang Melaka,aku dengan slumber park keta depan keta F1 petronas(billboard je.hahaha) meneruskan misi yang dah lama pendam,ramai orang datang tengok,termasuklah orang yang dari luar negara,tanpa segan silu aku pun snap..tapi diorang ni suka sangat interframe la..baru snap 2-3 kali aku tuka lokasi,sedang baru snap untuk kali pertama,tibe2,plup!hah!lampu KLCC dah nak tutup..ayark!(Sambil tepuk dahi) alamak...xpuas lagi nih..hadoiii....xpe la,kitorang pun packing2 barang sebab guard kat situ dah halau suruh semua orang berambus balik.hahahah...begitulah kisahnya keboringan aku..ada masa free lagi aku nak snap banyak lagi.kau tunggu ha KLCC!
Ni aku dengan azim lepas kitorang dah serik kene baya saman pasal x pakai safe-belt.hahahah...(gelak happy je),tapi bukan pada malam kejadian,yang ni masa kitorang baru lepas anta kamera servis kat Canon centre.
Yang ni sebelum lampu nak tutup..(guna teknik HDR kasi up sikit.hahaha)
Yang ni la masa lampu dah tutup..mula2 sebelah kiri lepas tu kanan,gelap terus.hahahaha(yang ni gambar asal by RAW)
Tuesday, June 7, 2011
Hikmat Ayat Seribu Dinar
Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Monday, June 6, 2011
Azlan&Juliana
Assalamualaikum..Selamat pagi! hope hari ini korang ceria mcm selalu ye,almaklumlah biasenya hari ni di kenali 'i hate monday' hahaha..pasal apa?pasal orang malas nak gi keja sebab da cuti lama.hehe..ish...x elok tu..rezeki tu..kalau tak keje mana nak datang rezeki bagi sesuap nasi untuk kita teruskan hidup kat dunia ni(amboi pjg jelar plak aku mengomel,padahal sama dengan je.hahaha)
Alkisahnya minggu lepas aku ikut sifu (abg Daing) pegi shoot orang kahwin dekat klang.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,banyak juga aku belajar dari 'otai' ni tentang dunia fotografi perkahwinan,best2x.Thank you abg Daing,nanti boleh shoot sama lagi :)
Opps lupa pula,mana ucapan untuk pengantin ni??
"Selamat pengantin baru Azlan&Juliana,semoga kamu kekal bahagia hingga ke anak cucu :) "
kesian kat pengantin penat kena pose nak bergambar sampai nak senja.hehehe..
Alkisahnya minggu lepas aku ikut sifu (abg Daing) pegi shoot orang kahwin dekat klang.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,banyak juga aku belajar dari 'otai' ni tentang dunia fotografi perkahwinan,best2x.Thank you abg Daing,nanti boleh shoot sama lagi :)
Opps lupa pula,mana ucapan untuk pengantin ni??
"Selamat pengantin baru Azlan&Juliana,semoga kamu kekal bahagia hingga ke anak cucu :) "
kesian kat pengantin penat kena pose nak bergambar sampai nak senja.hehehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)